Ulama Dibom (Berita Harian)

Sheikh Mohammad, cucu dan 74 jemaah maut


DAMSYIK: Ulama Sunnah terkenal Syria, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti terbunuh bersama 48 yang lain dalam serangan bom ketika sedang mengajar agama dalam Masjid Iman, di tengah ibu kota negara itu kelmarin. Beliau diketahui sebagai penyokong kuat pentadbiran Presiden Bashar al-Assad dan sering mengajar agama di negara itu. 
Penyerang dilaporkan meletupkan bom yang dipasang pada badan, menyebabkan 48 meninggal dunia dan 84 lagi cedera,” lapor televisyen tempatan yang memetik kenyataan jurucakap Kementerian Kesihatan.

“Penyerang dilaporkan meletupkan bom yang dipasang pada badan, menyebabkan 48 meninggal dunia dan 84 lagi cedera,” lapor televisyen tempatan yang memetik kenyataan jurucakap Kementerian Kesihatan.

Laporan terkini menyatakan turut meninggal dunia dalam serangan itu ialah cucu lelakinya.

Televisyen prokerajaan menyiarkan keadaan mengerikan dalam masjid dengan berpuluh-puluh mayat dan cebisan tubuh, termasuk kaki dan tangan di permaidani dengan banyak kesan darah. Pekerja kecemasan juga dilihat mengumpul mayat dan membawanya keluar dalam beg kelabu. 
Mohammad Said adalah ulama Sunnah paling kanan yang menyokong kerajaan Syria dan kematiannya dikatakan memberi tamparan hebat kepada Bashar dalam menghalang kebangkitan pemberontakan.

Dilahirkan pada 1929, beliau berasal dari sebuah keluarga Kurdis dan menghabiskan bertahun-tahun mendalami agama Islam termasuk di Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Beliau dicerca oleh pembangkang dan kerap menyelar pemberontak sambil menggalakkan rakyat Syria menyertai tentera berjuang menentang mereka.

Syria dikuasai anggota minoriti mazhab Alawiyah dan bergantung kepada ulama seperti Mohammad Said untuk menyokong dasar kerajaan sebagai mewakili semua rakyat termasuk golongan Sunnah yang membentuk kumpulan utama dalam pembangkang.

Serangan itu berlaku ketika pertempuran berterusan di seluruh negara dengan pemberontak dilaporkan menguasai Bukit Golan yang sebahagiannya diduduki Israel.

Keadaan dalam Masjid Iman yang rosak akibat tindakan penyerang meletupkan bom di badannya di Damsyik, kelmarin. (Gambar kecil) Pasukan perubatan merawat mangsa yang cedera dalam kejadian itu. - Foto AP

No comments:

Post a Comment